Salam
merupakan ucapan bagi kaum muslimin dan yang paling sempurna iaitu mengucapkan
secara penuh "Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"
dan kandungan ucapan salam ini di penuhi dengan doa keselamatan, rahmat dan barakah
bagi sesama muslim.
Salam
adalah salah satu nama dari nama-nama Allah yang indah, manakala ucapan salam
adalah merupakan keindahan di antara keindahan-keindahan Islam. Ia termasuk hak
seorang muslim kepada saudaranya sesama muslim apabila berjumpa, baik pada
orang yang dikenali atau orang yang tidak dikenali olehnya, samada orang besar
atau kecil, kaya atau miskin, mulia atau rendah, semua sama saja berhak
mendapat ucapan salam ketika berjumpa.
Ucapan
salam terkandung di dalamnya sikap tawadhu seorang muslim di mana dirinya tidak
merasa sombong pada orang lain. Oleh kerana itu dikatakan " Sesiapa yang
mahu memulai ucapan salam kepada manusia, maka dirinya telah berlepas diri dari
sikap sombong ".[1] Manusia yang paling pemurah adalah yang memulai salam di antara
mereka, sedangkan orang yang paling kedekut adalah orang yang kedekut
mengucapkan salam.
Menyebarkan
salam merupakan sebab terjalinnya rasa saling sayang dan mencintai di antara
kaum muslimin yang mewajibkan padanya keimanan yang akan memasukan dirinya ke dalam
syurga dan selamat dari seksa neraka. Hal itu sebagaimana yang disabdakan oleh
Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam:
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى
تحابوا، ألا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم)) (رواه مسلم)
"Tidaklah
kamu boleh masuk syurga sehingga kamu beriman. Tidaklah kamu dikatakan telah
beriman sampai kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu kamu suatu
perkara yang jika kamu melakukannya akan menjadikan kamu saling mencintai, iaitu
sebarkanlah salam sesama kamu". HR Muslim
Bagi seseorang
muslim yang diberi salam, maka wajib atas dirinya untuk menjawabnya dengan
ucapan yang seumpama atau yang lebih baik darinya. Ini berdasarkan firman Allah
Ta'ala:
قال الله تعالى: { وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَةٍ فَحَيُّوا بِأَحسَنَ مِنهَآ أَو رُدُّوهَآ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى
كُلِّ شَىءٍ حَسِيبَاً } ( سورة النساء : 86)
"Apabila
kamu diberi ucapan penghormatan (salam) dengan sesuatu penghormatan, Maka
balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah
penghormatan itu (dengan yang serupa) ". Surah
an-Nisaa': 86.
Inilah
salam penghormatan bagi kaum muslimin yang di bawa oleh agam Islam, Allah
Ta'ala berfirman:
قال الله تعالى: { تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً } ( سورة النور : 61)
"Salam
yang telah ditetapkan dari sisi Allah, yang telah diberkati lagi
baik..". QS
an-Nuur: 61.
Berbeza
dengan salam orang yahudi dan nasrani, kerana salam orang-orang yahudi hanya
dengan mengisyaratkan jari sementara salamnya orang-orang nasrani dengan isyarat
telapak tangan. Kita telah dilarang
untuk mengikuti serta menyerupai mereka. Begitu juga tidak boleh memulai salam
kepada mereka.
Nabi Shalallahu
'alaihi wa sallam bersabda:
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليس منا من تشبه بغيرنا لا تشبهوا باليهود ولا
بالنصارى، فإن تسليم اليهود الإشارة بالأكف)) (رواه ترميذي والطبراني)
"Bukan
termasuk golongan kami orang yang menyerupai selain kami (orang bukan islam). Janganlah
kamu menyerupai orang-orang yahudi dan nasrani, sesungguhnya salamnya
orang-orang yahudi adalah dengan mengisyaratkan telapak tangan".
HR Tirmidzi
dan ath-Thabrani.
Baginda saw
juga bersabda:
"Janganlah
kamu memulai salam bersama orang-orang yahudi dan nasrani".
HR Muslim.
Baginda
Shalallahu 'alaihi wa sallam menegaskan dalam sabdanya:
"Barangsiapa
yang menyerupai sebuah kaum maka dia seperti mereka".
HR Ahmad,
Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hiban.
Larangan
tersebut kerana nama Allah Ta'ala adalah salam dan dariNya sahajalah salam
(keselamatan) itu diberikan hanya kepada para hambaNya yang muslim.
Ucapan
salam adalah salam penghormatan bagi kaum muslimin ketika di dunia dan di
akhirat nanti, yang dijelaskan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya:
قال الله تعالى: { تَحِيَّتُهُمۡ يَوۡمَ يَلۡقَوۡنَهُۥ سَلَٰمٞۚ
وَأَعَدَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَرِيمٗا ٤٤ } ( سورة الأحزاب : 44)
"Salam
penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka
menemui-Nya Ialah: Salam, dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi
mereka".
QS al-Ahzab:
44.
Dalam ayat
yang lain di jelaskan:
قال الله تعالى: { لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا
تَأۡثِيمًا ٢٥ إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا ٢٦ } ( سورة الوَاقِعَةِ : 26-25)
"Mereka
tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan
yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam".
QS al-Waqi'ah: 25-26.
Demikianlah
indahnya Islam sebagai agama yang penuh dengan kesejahteraan dan keselamatan,
juga agama yang penuh dengan kasih sayang dan persaudaraan. Ya Allah Engkaulah
Salam, kepadaMu kembali keselamatan itu, maka hidupkanlah kami dengan
keselamatan serta selamatkan kami dari segala yang ganguan dan bala bencana dan
masukkan kami ke syurgamu, darussalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan