Khamis, 29 Oktober 2009

Haji Adalah Jihad Terbaik


gambar hiasan


عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏أَنَّهَا قَالَتْ ‏
:

(( يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلَا نُجَاهِدُ قَالَ ‏ ‏لَا لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ ‏ ‏ مَبْرُورٌ )) ‏ .

وفي رواية:

عَنْهَا ‏ ‏قَالَتْ ‏ : ‏قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَغْزُو وَنُجَاهِدُ مَعَكُمْ ؟ فَقَالَ : ((‏ ‏لَكِنَّ أَحْسَنَ الْجِهَادِ وَأَجْمَلَهُ الْحَجُّ حَجٌّ ‏ ‏مَبْرُورٌ ‏))

‏فَقَالَتْ ‏ ‏عَائِشَةُ : ((‏ ‏فَلَا أَدَعُ الْحَجَّ بَعْدَ إِذْ سَمِعْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏)) [1].

وعنها: قالت:

قلت: يا رسول الله على النساء جهاد؟ قال: ((نعم عليهن جهاد لا قتال فيه: الحج والعمرة))[2].

ولفظ النسائي أنها رضي الله عنها قالت: يا رسول الله، ألا نخرج فنجاهد معك؛ فإني لا أرى عملاً في القرآن أفضل من الجهاد، فقال: ((لا، ولَكُنَّ أحسن الجهاد وأجمله، حج البيت حج مبرور ))[3].

Bermaksud:

Dari Aishah ummi al Mu’minin ra katanya : Wahai Rasulullah ! Kami dapat melihat jihad adalah amalan terbaik. Bolehkah kami berjihad ? Baginda saw menjawab : Tidak. Jihad yang terbaik adalah haji mabrur.

Dalam riwayat lain Aishah ra berkata : Wahai Rasulullah ! Bolehkah kami berperang dan berjihad bersama-sama kamu ? Baginda menjawab : “ Tapi sebaik-baik dan secantik-cantik jihad ialah haji mabrur.” Aishah berkata : “ Aku tidak pernah meninggalkan jihad selepas aku mendengar perkara ini dari Rasulullah saw.”

Dalam riwayat lain Aishah berkata : “ Wahai Rasulullah ! Adakah perempuan wajib berjihad? Baginda menjawab : Ya. Jihad tanpa perang ; haji dan umrah.

Dalam riwayat an Nasaie pula Aishah berkata : Wahai Rasulullah ! Bolehkah kami keluar berjihad bersamamu ? Kami tidak tidak Nampak suatu amal di dalam al Quran yang lebih baik dari Jihad. Baginda menjawab : “ Tidak, Sebenarnya sebaik-baik jihad dan seelok-eloknya adalah haji di BaitiLlah secara haji mabrur.

Pencerahan Hadith :

1. Hadith ini mengaitkan haji dengan jihad. Jihad pula selalu dikaitkan dengan amalan terbaik di dalam al Quran dan al Sunnah.Dalam surah an Nisa' Allah swt berfirman:

لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿95 دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةًۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا ﴿96

Bermaksud :

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam surah at Taubah pula Allah swt berfirman :

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿20 يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ ﴿21 خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ ﴿22

Bermaksud:

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.


Maka tidak pelik jika Aishah secara berterus terang menyebut bahawa dia tidak nampak amalan lain yang boleh menandingi Jihad. Justeru itu beliau meminta izin untuk keluar berjihad bersama kaum lelaki.

gambar hiasan

2. Hadith ini tidak boleh difahami bahwa Jihad adalah dilarang kepada kaum hawa. Ibnu Hajar menyebut : Maksud hadith ini ialah Jihad tidak wajib kepada perempuan sebagaimana wajib kepada kaum lelaki. Bukan bermaksud haramnya jihad kepada perempuan. Telah terbukti dalam hadith Ummu Athiyyah bahawa kaum perempuan keluar berjihad dan mereka merawat tentera-tentera yang tercedera. [4]

3. Cuma Jihad tidaklah menjadi wajib kepada kaum wanita kerana perbezaan tabiaat atau ciptaan asal mereka yang berlainan dengan kaum lelaki. Ibnu Hajar berkata : Maksud hadith ini ialah tidak patut mereka memilih untuk melakukan kerja sunat dengan jalan Jihad. Sedangkan jihad tidak wajib kepada mereka kerana berlawanan dengan tuntutan supaya mereka bertutup dan menjaga kehormatan diri serta menjauhi bergaul dengan lelaki. Oleh itu haji adalah lebih baik untuk mereka dari berjihad. [5]

4. Hadith ini menamakan haji sebagai jihad. Ibnu Hajar menyebut : “ Nabi saw menamakan haji sebagai jihad kerana haji mengandungi semangat melawan hawa nafsu.”[6] Sememangnya banyak sudut persamaan antara perjalanan mengerjakan haji dengan perjalanan jihad fi sabilillah bermula dari melawan kehendak nafsu, mengeluarkan belanja, mengerahkan tenaga, mengorbankan perasaan berpisah dengan kaum keluarga dan sanak saudara dan juga meninggalkan kampung halaman. Apatah lagi seorang yang melakukan haji selama dalam ihramnya maka selama itulah dia terpaksa menghadapi suasana yang selesa sebagaimana yang dirasai oleh tentera di medan.

5. Dalam hadith lain ada menyamakan rombongan haji dan umrah dengan rombongan jihad yang keluar berperang di jalan Allah swt. Mereka semua adalah tetamu istimewa Allah swt dan mendapat layanan yang paling baik dariNya.

عن ‏أَبي هُرَيْرَةَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((‏ ‏ وَفْدُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ثَلَاثَةٌ الْغَازِي وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ )) . ([7]).

Bermaksud :
Dari Abu Hurairah ra katanya ; Rasulullah saw bersabda : “ Rombongan yang menjadi tetamu Allah swt ada tiga; Yang berperang di jalan Allah swt, yang mengerjakan haji dan juga umrah.

عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏الْغَازِي فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ وَفْدُ اللَّهِ دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ . ([8])

Bermaksud :
Dari Ibn Umar ra dari Nabi saw bersabda : Orang yang berperang di jalan Allah swt, orang yang mengerjakan haji, dan yang dating umrah adalah tetamu istimewa Allah swt. Allah yang menjemput mereka lalu mereka menerima jemputan itu. Maka apabila mereka meminta dari Allah, Dia pasti akan mengurniakannya kepadanya.

6. Dalam hadith yang lain pula ada menyebut bahawa haji sebenarnya adalah jihad bagi golongan yang tidak mampu untuk berjihad di medan peperangan iaitu orang tua, kana-kanak, orang yang sakit dan juga perempuan.

عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ :عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ :‏ " ‏جِهَادُ الْكَبِيرِ وَالصَّغِيرِ وَالضَّعِيفِ وَالْمَرْأَةِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ ‏ . " ([9])

Bermaksud : Dari Abu Hurairah ra katanya : Dari Rasulullah saw bersabda: “ Jihad orang tua, kanak-kanak, pesakit dan perempuan adalah haji dan umrah.

7. Berdasarkan hadith ini difahami harusnya bagi kaum wanita melakukan haji secara berulang kali sebagaimana harusanya kaum lelaki keluar berjihad berulang kali. Inilah fiqh (kefahaman) Aishah dan mereka yang bersetuju dengannya dalam masalah ini. Peristiwa keluarnya isteri-isteri Rasulullah saw pergi menunaikan haji selepas kewafatan baginda berlaku dalam pemerintahan Saidina Umar dan Uthman [10]



([1]) البخاري، كتاب الحج، باب فضل الحج المبرور، برقم 1520، وكتاب جزاء الصيد، باب حجُّ النساء، برقم1861، وكتاب الجهاد، باب فضل الجهاد، برقم 2784 بلفظ: ((لكن أفضل الجهاد حج مبرور ))، وباب جهاد النساء، برقم 2875، بلفظ: قالت: استأذنت النبي r في الجهاد، فقال: ((جهادكُنَّ الحج )).

([2]) ابن ماجه، كتاب المناسك، باب الحج جهاد النساء، برقم 2901، وصححه الألباني في صحيح ابن ماجه, 3/ 10، وفي إرواء الغليل، 4/151 برقم 981، وقال: ((في البخاري نحوه )) يعني حديث عائشة السابق.

([3]) أخرجه النسائي, كتاب مناسك الحج، باب فضل الحج، برقم 2628، وصححه الألباني في صحيح النسائي، 2/ 240..

[4] فتح الباري بشرح صحيح البخاري ، كتاب الحج ، باب حج النساء ، حديث برقم 1728

[5] فتح الباري بشرح صحيح البخاري ، كتاب الجهاد ، باب جهاد النساء حديث برقم 2663

[6] فتح الباري بشرح صحيح البخاري ، كتاب الحج ، باب فضل الحج المبرور ، حديث برقم 1423

[7] النسائي, كتاب مناسك الحج، باب فضل الحج، برقم 2625، وصححه الألباني في صحيح النسائي 2/ 239.

[8] ابن ماجه، كتاب المناسك، باب فضل دعاء الحاج، برقم 2893، وحسنه الألباني في صحيح ابن ماجه، 3/ 8، وفي الأحاديث الصحيحة 4/433.

[9] النسائي، كتاب مناسك الحج، باب فضل الحج، برقم 2626، وحسنه الألباني في صحيح النسائي 2/ 239.

[10] فتح الباري بشرح صحيح البخاري ، كتاب الحج ، باب حج النساء ، حديث برقم 1728

Tiada ulasan:

Catat Ulasan